Selamat Datang

Wednesday 7 March 2012

Sejarah Ringkas Sekolah

Pada awal penubuhannya antara tahun 1912 hingga 1920, iaitu semasa pemerintahan British. Sekolah Abang Abdul Kadir pada awalnya tidak mempunyai nama rasmi hanya sekadar digelar atau disebut sebagai Sekolah Melayu.

  Guru yang pertama berkhidmat di sekolah ini ialah En. Abdul Razak, berasal dari Kuching dan disebut Sarawak pada masa itu.  Setahun kemudian tempat beliau diambil alih oleh En. Sohailam Bin Bujang, juga berasal dari Kuching.  Setelah sekian lama beroperasi, sekolah ini terpaksa ditutup buat sementara disebabkan oleh beberapa masalah terutamanya  berhubung dengan pengurusan.
  Tanggal 03.03.1933, sekolah ini dibuka semula atas kesedaran seorang penduduk tempatan yang bernama En. Bujang Bin Ramping dan beliau telah dilantik sebagai Guru Besar yang pertama.  Pada ketika itu, tiga mata pelajaran telah ditawarkan kepada pelajar, iaitu Rumi, Ilmu Hisab dan Jawi.
Pada tahun 1934 atas cadangan seorang nazir, Cikgu Hj. Bolhassan Bin Hj. Daud, sekolah ini diberi nama sebagai Sekolah Rendah Kerajaan Abang Abdul Kadir, Betong.  Walau bagaimanapun nama tersebut tidak dapat diguna secara rasmi kerana Saribas District Council lebih berkenan dengan nama Betong Full Primary School.  Ini adalah disebabkan semua urusan sekolah pada masa itu dikuasai oleh pihak Majlis Daerah.

  Pada tahun 1972, sekolah ini telah dinamakan dengan rasmi sebagai Sekolah Rendah Kerajaan Abang Abdul Kadir, Betong dan pada tahun 1998 sekali lagi sekolah ini mengalami perubahan nama dan disebut sebagai Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Kadir, Betong.  Ini adalah berdasarkan kepada arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.  Sejak sekolah ini ditubuh, ramai pemimpin dan cendekiawan telah dihasilkan.


2 comments:

  1. Salam hormat
    Trma kasih atas perkongsian.Mhon ditmbah bahan..misalnya snrai GB
    Tqvm

    ReplyDelete
  2. Salam hormat
    Trma kasih atas perkongsian.Mhon ditmbah bahan..misalnya snrai GB
    Tqvm

    ReplyDelete